Collaboration
5 - 6 March 2024
-
State Leadership Retreat 2024
State Leadership Retreat 2024
Entering its second year, the Perak State Government, in collaboration with Institut Darul Ridzuan (IDR) and the State Economic Planning Unit (UPEN), organised the State Leadership Retreat (SLR) 2024 in Kota Kinabalu, Sabah, on 5–6 March 2024. This year’s retreat focused on strengthening the monitoring of Perak Sejahtera 2030 and exploring new economic opportunities, as highlighted in the YAB Menteri Besar’s Executive Talk 2024. The programme adopted a more interactive approach, encouraging active participation and idea-sharing among attendees. Key discussions centred on developing the Perak Sejahtera 2030 Action Plan to measure the achievements of projects and programmes based on strategies aimed at achieving Social, Economic, and Political Well-being, as assessed through the Perak Well-being Index (IKP). This included enhancing communication strategies to more effectively share achievements with the public. With the participation of 135 top state leaders, the programme served as a vital platform for departments and agencies to remain focused in driving coordinated efforts towards a more progressive Perak Sejahtera 2030—promoting structured efficiency and fostering innovative ideas to unlock the state’s full potential.
Memasuki tahun kedua, Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah menganjurkan State Leadership Retreat (SLR) 2024 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 dan 6 Mac 2024. SLR tahun ini menumpukan kepada memperkasakan pemantauan Perak Sejahtera 2030 dan meneroka potensi ekonomi baharu seperti yang dinyatakan dalam Majlis Executive Talk YAB Menteri Besar 2024. Penganjuran kali ini mengambil pendekatan yang lebih interaktif, menggalakkan penyertaan aktif dan perkongsian idea dari semua peserta. Perbincangan utama berkenaan pembentukan Pelan Tindakan Perak Sejahtera 2030 untuk mengukur pencapaian projek dan program melalui strategi yang ditetapkan untuk mencapai sasaran Sejahtera Sosial, Sejahtera Ekonomi dan Sejahtera Politik yang dinilai melalui Indeks Kesejahteraan Perak (IKP) termasuklah strategi komunikasi Perak Sejahtera 2030 agar pencapaian dapat dikongsikan kepada umum dengan lebih efektif. Program yang dihadiri seramai 135 kepimpinan tertinggi negeri ini diharap menjadi medium terbaik kepada setiap jabatan dan agensi negeri untuk terus fokus menggerakkan seluruh usaha baik kerajaan Negeri agar dapat merealisasikan Perak Sejahtera 2030 yang lebih progresif, dengan kecekapan yang tersusun, sekaligus memupuk idea yang bijak dalam menggali dan menyerlah potensi negeri.


