Collaboration
15 - 16 May 2023
-
State Leadership Retreat 2023
State Leadership Retreat 2023
The Perak State Government organised the State Leadership Retreat 2023 from 15 to 16 May 2023 at Riverside Majestic Hotel, Puteri Wing, Kuching, Sarawak. This two-day programme brought together key state leadership to advance the implementation of Perak Sejahtera 2030. The programme was officiated by YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, who delivered an address on the aspirations and direction of Perak Sejahtera 2030. He emphasised the importance of intra- and inter-portfolio strategic mapping among EXCO members and agencies to identify alignment in planning, implementation, and monitoring. The programme also featured a keynote session by Prof. Dato’ Dr. Madeline Berma, who shared insights on the relationship between development and poverty, including discussions on multidimensional poverty and context-specific solutions for Perak. The workshop concluded with presentations on strategic mapping and agenda-setting by all members of the State Executive Council.
Kerajaan Negeri Perak menganjurkan State Leadership Retreat 2023 yang diadakan pada 15 hingga 16 Mei 2023 di Hotel Riverside Majestic Puteri Wing, Kuching, Sarawak. Program dua hari ini menjadi platform menghimpunkan barisan tonggak kepimpinan negeri dalam merealisasikan pelaksanaan Perak Sejahtera 2030. Pembukaan bengkel disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak dengan ucapan Aspirasi & Hala Tuju Perak Sejahtera 2030. YAB Menteri Besar menekankan kepentingan pemetaan strategik intra dan inter-portfolio EXCO dan agensi bagi mengenalpasti titik persamaan dalam merancang, melaksana dan memantau kebolehcapaian Perak Sejahtera 2030 secara inklusif demi kesejahteraan rakyat. Program ini juga menampilkan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Madeline Berma selaku penceramah utama yang mengetengahkan perkongsian mengenai Hubungkait Pembangunan dan Kemiskinan. Beberapa isu kemiskinan multidimensi disentuh sebagai wacana dalam mencari penyelesaian kemiskinan mengikut acuan Negeri Perak. Sesi bengkel diakhiri dengan pembentangan mengenai pemetaan strategik intra dan inter-portfolio EXCO dan agenda oleh semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.



