Skip to main content

Institut Darul Ridzuan

SISA MENJADI SUMBER STRATEGI EKONOMI KITARAN

CETAKAN PERTAMA 2024
INSTITUT DARUL RIDZUAN
168 MUKA SURAT
EKONOMI KITARAN DAN KELESTARIAN ALAM
Book Summary

Sisa Menjadi Sumber: Strategi Ekonomi Kitaran memeriahkan tiga sektor penting yang dikenal pasti akan membuka pelbagai peluang ekonomi dan juga boleh meminimumkan pencemaran alam sekitar. Buku ini memfokuskan strategi pelaksanaan dalam merealisasikan ekonomi kitaran yang dibincangkan berdasarkan senario dan situasi idea ada. Penerapan amalan ini mampu memberikan impak positif kepada rantain ekonomi dan alam sekitar.

Hal ini sejajar dengan tema Perak Sejahtera 2030, iaitu kelestarian alam. Buku ini diharap dapat dijadikan sebagai garis panduan untuk pelaksanaan, terutamanya kerajaan negeri, pemain industri dan juga komuniti setempat dalam pembangunan dasar, dalam mengetengahkan amalan konsep ekonomi kitaran dalam sektor perniagaan, pengangkutan dan tenaga. Buku ini juga sesuai untuk bacaan umum sebagai asas dan pengenalan kepada ekonomi kitaran yang semakin mendapat perhatian dalam menuju ke arah gaya hidup yang mapan.

Penerbitan Buku Perak Sejahtera 2030 merangkumi sepuluh tema yang berikut:

  • Ekonomi Kitaran dan Kelestarian Alam
  • TVET
  • Orang Asli
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Data Raya
  • Ekonomi Digital
  • Kemiskinan dan Kerentanan
  • Kesihatan dan Kesejahteraan
  • Migrasi
  • Masyarakat Menua
Scroll to Top