Skip to main content

Institut Darul Ridzuan

REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0: PEMBANGUNAN KANDUNGAN DAN DIGITAL KREATIF

CETAKAN PERTAMA 2024
INSTITUT DARUL RIDZUAN
163 MUKA SURAT
EKONOMI DIGITAL
Book Summary

Revolusi perindustrian merupakan suatu fenomena integrasi pemikiran, perubahan gaya hidup dan transformasi teknologi dalam kehidupan manusia. Buku ini membahaskan konsep revolusi perindustrian dari sudut ekonomi digital di peringkat global, Malaysia dan khususnya di negeri Perak. Fokus utama buku ini adalah pada bidang teknologi digital kreatif yang berpotensi memacu ekonomi digital di Perak. Buku ini turut berkongsi tentang projek ekonomi digital yang mengintegrasikan teknologi digital kreatif dengan elemen estetika dan warisan negeri Perak yang terkenal. Penulisan dalam buku ini juga mencakupi konsep asas, proses idea, sehinggalah penghasilan karya akhir dalam teknologi digital kreatif. Diharapkan buku ini dapat memberikan sumbangan terhadap pembangunan teknologi kreatif di Perak, menjadikannya sebagai sumber pendapatan negeri, di samping memelihara warisan negeri dalam bentuk digital. Penerbitan buku Siri Perak Sejahtera 2030 ini merangkumi sepuluh tema penting seperti yang berikut:

  • Ekonomi Kitaran dan Kelestarian Alam
  • TVET
  • Orang Asli
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Data Raya
  • Ekonomi Digital
  • Kemiskinan dan Kerentanan
  • Kesihatan dan Kesejahteraan
  • Migrasi
  • Masyarakat Menua
Scroll to Top