Skip to main content

Institut Darul Ridzuan

DATA RAYA PEMANGKIN DALAM PEMBUATAN KEPUTUSAN

CETAKAN PERTAMA 2024
INSTITUT DARUL RIDZUAN
158 MUKA SURAT
DATA RAYA
Book Summary

Buku ini merupakan bahan bacaan yang dihasilkan bagi membantu individu, organisasi, rakyat dan kerajaan untuk memahami bagaimana data boleh digunakan sebagai satu cara dalam meningkatkan taraf kehidupan. Buku ini membincangkan berkenaan data raya secara keseluruhan bermula daripada maksud data, kepentingan data dalam kehidupan, kaedah memberikan nilai yang berguna kepada data, dasar dan polisi yang wujud bagi memastikan data dapat dijaga dengan lebih teliti di samping beberapa contoh penggunaan data kepada pengguna, organisasi dan industri. Analitis data raya pula memberikan contoh-contoh aplikasi analitis data raya, keperluan pensijilan, perisian dan alatan dalam melaksanakan analitis data raya, serta membincangkan perkembangan beberapa projek data raya di Malaysia. Konsep visualisasi data dan data raya juga diterangkan secara terperinci termasuklah kepentingan data visualisasi, prinsip visualisasi, jenis visualisasi dan beberapa contoh aplikasi visualisasi data raya.

Penerbitan Buku Perak Sejahtera 2030 merangkumi sepuluh tema yang berikut:

  • Ekonomi Kitaran dan Kelestarian Alam
  • TVET
  • Orang Asli
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Data Raya
  • Ekonomi Digital
  • Kemiskinan dan Kerentanan
  • Kesihatan dan Kesejahteraan
  • Migrasi
  • Masyarakat Menua
Scroll to Top