Skip to main content

Institut Darul Ridzuan

BANTUAN AWAL PSIKOLOGI PENGURUSAN BENCANA

CETAKAN PERTAMA 2024
INSTITUT DARUL RIDZUAN
162 MUKA SURAT
KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
Book Summary

Bantuan awal psikologi atau Pschological First Aid (PFA) merupakan kemahiran yang diperlukan untuk membantu mangsa dalam menghadapi situasi bencana dan krisis. Melalui pendedahan yang mendalam, buku yang mengandungi tujuh bab ini mengupas secara komprehensif berkaitan dengan bantuan awal psikologi dan menyediakan panduan praktikal mengenai bantuan berkenaan kepada masyarakat, khususnya di negeri Perak. Sesuai dengan program flagship 8: Agenda Perak Sihat Sejahera yang menekankan aspek kesejahteraan mental, buku ini memperkasakan pembaca dengan ilmu dengan menguruskan impak psikologi akibat bencana dan krisis.

Diterbitkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Penerbitan Buku Perak Sejahtera 2030 oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), buku ini menyumbang kepada usaha meningkatkan kefahaman dan kesiapsiagaan masyarakat terhadap bencana. Buku ini turut memaparkan beberapa contoh kes yang berlaku di negeri Perak, menjadikannya rujukan yang amat relevan dan bermanfaat. Penerbitan Buku Perak Sejahtera 2030 merangkumi 10 tema yang berikut:

  • Ekonomi Kitaran dan Kelestarian Alam
  • TVET
  • Orang Asli
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Data Raya
  • Ekonomi Digital
  • Kemiskinan dan Kerentanan
  • Kesihatan dan Kesejahteraan
  • Migrasi
  • Masyarakat Menua
Scroll to Top